1) Maksud - Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu.
-Kita wajib beriman bahawa Allah bersifat Iradah
- Dalil -Firman Allah dalam surah Al-Buruuj ayat 16 yang bermaksud
" Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya"
2) Manusia ada kehendak tetapi ada batasan.
- Iradah Allah Allah tiada batasan
- Jika Iradah allah ada batasan, bermakna Allah bersifat lemah dan tidak mampu untuk menjadikan alam ini.
3) Tujuan beriman dengan sifat Iradah
i) Tawakkal kepada Allah
ii)Tidak putus asa
iii)Redho dengan Iradat
iv)Sentiasa berikhtiar
v)Sentiasa berkeyakinan dengan bantuan Allah
vi)Menguatkan iman
vii)Sentiasa sabar dengan ujian
4) Akibat mengingkari sifat iradah Allah
i) Menjadi orang sentiasa berputus asa
ii) Boleh merosakkan iman
iii) Akan menjadi orang yang malas berusaha
iv) Suka menayalahkan orang lain
v) Menjadi lupa diri
vi) Menjadi sombong
5) Perbezaan Iradah Allah dengan keinginan manusia
Iradah Allah | Keinginan Manusia |
Pasti berlaku - Iradah Allah pasti berlaku. Tiada sesiapa yang boleh menghalang iradah Allah | Mungkin berlaku - Kehendak manusia tidak semestinya berlaku. Ini bergantung kepada Iradah Allah Taala. |
Tiada terbatas - Iradah Allah tiada batasa dan sempadan | Terbatas - Kehendak manusia mempunyai batasan kerana manusia tidak kekal (fana) |