Sunday, November 27, 2011

Pendidikan Islam Tahun 5

Sifat-sifat Allah - Iradah

1) Maksud - Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu.
-Kita wajib beriman bahawa Allah bersifat Iradah
- Dalil -Firman Allah dalam surah Al-Buruuj ayat 16 yang bermaksud
" Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya"

2) Manusia ada kehendak tetapi ada batasan.
- Iradah Allah Allah tiada batasan
- Jika Iradah allah ada batasan, bermakna Allah bersifat lemah dan tidak mampu untuk menjadikan alam ini.

3) Tujuan beriman dengan sifat Iradah
i) Tawakkal kepada Allah
ii)Tidak putus asa
iii)Redho dengan Iradat
iv)Sentiasa berikhtiar
v)Sentiasa berkeyakinan dengan bantuan Allah
vi)Menguatkan iman
vii)Sentiasa sabar dengan ujian

4) Akibat mengingkari sifat iradah Allah
i) Menjadi orang sentiasa berputus asa
ii) Boleh merosakkan iman
iii) Akan menjadi orang yang malas berusaha
iv) Suka menayalahkan orang lain
v) Menjadi lupa diri
vi) Menjadi sombong

5) Perbezaan Iradah Allah dengan keinginan manusia

Iradah Allah

Keinginan Manusia

Pasti berlaku

- Iradah Allah pasti berlaku. Tiada sesiapa yang boleh menghalang iradah Allah

Mungkin berlaku

- Kehendak manusia tidak semestinya berlaku. Ini bergantung kepada Iradah Allah Taala.

Tiada terbatas

- Iradah Allah tiada batasa dan sempadan

Terbatas

- Kehendak manusia mempunyai batasan kerana manusia tidak kekal (fana)



Allah berkehendak mencipta apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

23 comments:

  1. TERIMA KASIH SEBAB TOLONG. ESOK SAYA NAK PERIKSA TAPI MUKA SURAT HILANG KALAU X DE BLOG AWAK MESTI SAYA FAIL

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Sebab bagi jawapan bossku
    Terima kasih banyak banyak bossku
    Assalamualaikum bossku

    ReplyDelete
  3. Boleh tak bagi contoh-contoh gambar iradat allah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sbb tolong saya

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kesan dia tujuan jugak, betul?

      Delete
    2. Tak ..... kesan tu apa yng kita dpt kalau mempercayai sifat ni

      Delete
  6. terima kasih kerana menolong saya kalau tiada ini mesti saya akan gagal dalam apa apa soalan 😄

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ❤️❤️

    ReplyDelete
  8. Terima kasih nanti nak duduki upkk online 🗿😼

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ye tak lamalag dah nak upkk🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  10. Peperiksaan pertengahan KAFA minggu depan hurh

    ReplyDelete